Saturday, 12 July 2014

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kali ini saya suka nak berkongsi tentang masalah rambut gugur selepas melahirkan anak. Masalah ini bukan satu perkara yang aneh bagi wanita yang bersalin, terutama yang dah melahirkan ramai anak.

Isteri saya mengalami masalah ini setiap kali selepas bersalin dari anak yang pertama hingga anak yang ke tiga. Dia seakan fobia untuk menyingkat rambut selepas mandi. Takut melihat rambut yang banyak melekat kat sikat rambut.



Kenapa semua ini berlaku selepas kelahiran si kecil....???

9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

(Petikan rencana dari pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur)

Mengikut rencana ini lagi, ibu-ibu yang mengalami masalah ini perlu makan makanan yang dapat mencegah keguguran rambut seperti berikut:

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


Berita baik buat kami sekeluarga...


Pada 12 jun yang lalu kami dikurniakan seorang bayi perempuan yang sihat dan comel. Setelah seminggu berpantang isteri menyatakan kehairanannya tentang rambutnya yang TIDAK GUGUR apabila disikat. Dia cukup gembira dan bertanya kenapa ya....??? Kalau dibandingkan dengan kelahiran anak-anak yang lalu, rambut gugur menjadi satu mimpi ngeri baginya.
Kami sekeluarga tumpang gembira dan bersyukur kerana masalah RAMBUT GUGUR yang selalu dialaminya sebelum ini telah tiada.


Apa penyebabnya masalah rambut gugur selesai.


Sebenarnya isteri mengamalkan set kehamilan Shaklee semasa mengadungkan anak yang keempat. Semasa mengandungkan anak-anak sebelum ini, dia tidak menggunakan apa-apa produk.


Antaranya ialah:
  • Esp
  • Vitalea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrik
  • Omega Guard

Set kehamilan ini mengandungi keperluan yang lengkap untuk ibu yang mengandung dan bayi yang dikandung. Selain dapat menghilangkan masalah keguguran rambut, set ini juga memberi kecergasan yang berpanjangan kepada si ibu  ketika berpantang. Isteri saya telah menikmati kelebihan ini. Syukur Alhamdulillah kerana digerakkan hati untuk menggunakan produk ini.

Tujuan asal menggunakan set ini  adalah untuk mengatasi masalah tekanan darah yang tidak stabil dan lebih kepada tekanan darah tinggi. Tak sangka ia menyelesaikan masalah keguguran rambut. Alhamdulillah......

Ianya hebat dan terbukti berkesan. Bermula dari sini juga kami berdua berhasrat untuk mengedarkan produk ini kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba dan menikmati kelebihannya. Insya-Allah tidak menghampakan.

Kepada yang berminat sila hubungi saya untuk nasihat produk:

Nazrea Awang
SMS/WhatsAPP: 013-8045170
Emel: nazree_awg@yahoo.com atau nazreeawg@gmail.com

Atasi Rasa Mengantuk

Assalamualaikum, semoga semuanya ceria dan bahagia.

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang masalah mengantuk.  Semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja  Mungkin juga rasa mengantuk semasa bekerja.

Kebanyakan daripada kita akan memandu kereta atau menunggang motosikal untuk ke tempat kerja. Jaraknya pula mencecah berpuluh kilometer. Seorang rakan saya terpaksa memandu untuk ke tempat kerja seawal jam 5 pagi dari Kuching ke Simunjan.

Kenapa awal sangat???

Mengikut ceritanya, beliau akan menghantar dulu anak-anak ke pusat asuhan dan anak-anak yang dah bersekolah ke sekolah terlebih dahulu.

Dan  untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas dan jarak perjalanan yang jauh. Dan bukan itu sahaja, dia juga terpaksa menunggu feri atau perahu tambang untuk menyeberangi sungai Samarahan untuk sampai ke sekolah.

Pengalaman saya menggunakan perkhimatan feri amat memenatkan dan stress lebih-lebih lagi bila nak cepat. Lebih stress lagi bila ada pengguna yang tidak bertanggungjawab  memotong barisan untuk masuk awal.....aduhhh cukup perit.

Ini adalah rutin harian golongan yang bekerja makan gaji dan tinggal di kawasan sekitar Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak. Dan saya rasa ini adalah rutin biasa bagi semua golongan pekerja walau di mana berada. Menghadapi masalah kesesakan lalu lintas dan jarak tempat kerja yang jauh.

Beruntung dan bersyukurlah bagi mereka yang dapat tinggal berdekatan dengan tempat kerja. Rutin sengsara seperti ini tidak perlu mereka lalui termasuklah saya sendiri. Ha ha..... Saya memilih untuk tinggal dekat dengan sekolah.





Sekiranya tidak sempat menggunakan feri, terpaksalah berpatah balik dan menggunakan laluan lain yang lebih jauh.

Pernah berlaku ke atas diri sendiri. Beratur lebih kurang sejam untuk menggunakan perkhidmatan feri, tiba-tiba feri pula terpaksa berhenti kerana air sungai telah terlalu surut. Cuba bayangkan perasaan kami masa tu..... stresss je..tapi apa boleh buat....

Bagi pengguna motosikal mereka boleh menggunakan pilihan kedua iaitu " perahu tambang" kata orang Sarawak. Sebuah motosikal tambangnya RM2.00.Tapi agak berisiko. Dah banyak motosikal yang jatuh ke dalam sungai dan ada yang mati lemas.




Tidak mustahil mereka ini akan rasa mengantuk bila sampai ke sekolah kerana keletihan dan stress. Rutin yang sama terpaksa di lalui semasa pulang dari tempat kerja.

Padah Mengantuk

Rasa mengantuk ini boleh membawa padah sekiranya kita sedang memandu. Banyak kemalangan yang berlaku berpunca daripada masalah ini.




Produtiviti juga akan berkurang. Kemungkinan akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya sering tertidur semasa bertugas amat besar.




Bagaimanakah untuk menghilangkan masalah kelesuan dan mengantuk?

Biasanya kita akan dicadangkan dengan minuman tenaga seperti ***** dan lain-lain jenama yang pelbagai dipasaran.

Tetapi bagi saya, saya memilih untuk menggunakan dan mencadangkan kepada sesiapa yang mengalami masalah ini untuk mengunakan Vitamin B-Complex keluaran Shaklee.

Kenapa Shaklee???

Vitamin B-Complex Shaklee terbaik kerana mengandungi kesemua 8 vitamin - B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin  sebagaimana dinyatakan dalam RDA( kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama.)
Lagipun asid foliknya adalah semulajadi. Saintis Shaklee adalah yang pertama mencipta asid folik yang semulajadi di dunia dengan kadar keboleh serapan yang tinggi dan berkualiti. Dan jangan lupa hampir  99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah sintetik.

Antara Fungsi Penting B-Complex ialah:

1. Membantu menukar makanan kepada tenaga.
2. Melawan tekanan dari masalah stress dan sakit kepala.
3. Mengurangkan masalah keletihan mata.



Ia membekalkan tenaga yang diperlukan dan mengurangkan masalah stress dan mengantuk. Kita akan terasa segar dan bersemangat.

Selain itu saya cadangkan juga untuk menggunakan Osteomatrik pada sebelah malam sebelum waktu tidur. Osteomatrik boleh membantu badan rehat dengan sempurna dan bangkit dengan semangat baru tanpa rasa letih dan lesu.


Untuk Keterangan dan nasihat produk sila hubungi saya :

Nazrea Awang
SMS/WhatsAPP: 013-8045170
Emel: nazree_awg@yahoo.com atau nazreeawg@gmail.com



Tuesday, 8 July 2014

Bahana Makanan Haram

"Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Kerana sesungguhnya syaitan ialah musuh yang nyata bagi kamu" (Surah Al-Baqarah 2:168)

Daripada ayat di atas dapat kita fahami perintah Allah agar kita memakan makanan yang halal lagi baik, dan meninggalkan makanan yang haram. Kenapa???. Sekiranya manusia melakukan perkara yang sebaliknya, maka dia telah mengikut telunjuk syaitan.



Ingat.... sejarah penipuan iblis terhadap manusia adalah melalui makanan. Ini di mana Nabi Adam a.s dan Siti Hawa berjaya ditipu dengan cara mendorong keduanya untuk memakan buah Khuldi. Akibatnya kedua mereka telah dikeluarkan dari syurga.

Sejarah tidak terhenti di situ. Ianya sentiasa berulang dan berulang. Syaitan sentiasa berusaha memanipulasinya untuk menyesat dan membuat manusia menderhaka kepada yang Maha Kuasa. Manusia dengan pengaruh syaitan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan makanan.

Ada yang sanggup mencuri, menipu dan menerima rasuah demi untuk mengisi perut. Sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengambil peduli tentang halal atau haram asalkan mendapat habuan demi mengisi perut. Perut melambangkan nafsu seseorang. Manusia yang melayan kehendak perutnya bermakna melayan kehendak nafsunya. Akhirnya ia menjadi punca pengerak ke arah kejahatan.

Kamu Ialah Apa Yang Kamu Makan

Pesan Imam Al-Ghazali: 
" Jika kita ingin anak-anak menjadi soleh,bijaksana,berguna, berilah dia makan daripada rezeki yang halal sejak mereka dilahirkan. Makanan yang halal selain daripada menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan fikiran mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika diberi makanan yang kotor."




Kamu ialah apa yang kamu makan. Dalam islam, makanan yang kita makan akan membentuk hati dan menjadi darah daging. Hati akan menjadi baik sekiranya makanan yang di makan adalah halal dan baik. Dan menjadi sebaliknya sekiranya makan makanan yang haram.

Makanan yang haram akan menjadikan hati gelap. Ini membawa maksud hati yang susah atau tidak langsung mendapat hidayah Allah. Hati yang suka melakukan kejahatan. Padanya yang jahat itu baik dan yang baik itu tidak menyeronok baginya. Ia mudah berasa bosan dan jemu sekiranya disaran berbuat kebaikan. Malah boleh memberontak dan memudaratkan orang lain.

Oleh itu berhati-hatilah dengan apa yang bakal kita makan. Ia menjadi penentu baik buruk hidup kita dan anak-anak di dunia dan kecemerlangan kita di akhirat.

Hati Rosak Fikiran Juga Rosak.

Fikiran juga dipengaruhi oleh makanan. Makanan boleh menajamkan fikiran. Ini berlaku sekiranya kita menjaga tabiat pemakanan kita. Tabiat memakan makanan yang seimbang seperti mengandungi karbihidrat,protin, lemak, air, mineral, serat dan vitamin akan meningkatkan tahap pemikiran kita. Pemikiran juga menghala ke arah perkara yang baik.

Imam Al-Ghazali menukilkan dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa memakan yang halal selama 40 hari, nescaya Allah akan menerangi hatinya dan mengalirkan kearifan hati melalui lidahnya." (Riwayar Abu Nu'aim dalam al-Hilyah)

Walaubagaimanapun, sekiranya fikiran disajikan dengan makanan yang seimbang dan berkualiti tetapi dari sumber yang haram akan melahirkan individu yang bijak tetapi penuh dengan idea yang jahat.

Fikiran yang jahat akan penuh dengan idea yang jahat. Penuh dengan perancangan yang kotor dan maksiat. Apabila diajak berbuat perkara baik idea jahatnya akan memberikan pelbagai alasan untuk menolak.

Makanan Yang Halal Sumbernya Haram

Kebanyakan umat Islam tidak akan menggunakan makanan yang  haram seperti khinzir dan juga alkohol. Makanan dalam kategori ini jelas haramya. Mereka akan menolaknya dengan tegas. Contohnya dalam kes coklat jenama Cadbury yang dikatakan bercampur dengan unsur khinzir.

Tetapi ramai umat Islam terperangkap dan tertipu. Sedar atau tidak sedar mereka membawa pulang makanan yang halal tetapi haram untuk keluarga mereka.

Bagaimanakah Ianya berlaku???

Mereka berniaga tetapi kadang-kadang tidak jujur dan menipu.

Mereka makan gaji tetapi suka curi tulang. Datang lewat pulang awal. Tugasan utama tidak diutamakan tetapi tugasan lain menambil tempat.
Contohnya guru; waktu mengajar digunakan untuk membuat kerja lain seperti bersembang atau melayan pelbagai laman sosial seperti  facebook, tweeter dan sebagainya.

Mereka mengambil rasuah dan menzalimi hak orang lain contohnya penguatkuasa seperti polis dan kastam.

Akibatnya wang yang diperoleh dengan cara kerja yang pada asalnya halal menjadi haram. Akhirnya wang ini digunakan untuk membeli makanan ahli keluarga. Sedar atau tidak seluruh keluarga menggunakan makanan yang haram sehingga bertahun-tahun.

Ingat..... Makanan yang haram akan menggelapkan hati, mengotorkan fikiran dan menjauhkan ketaatan kepada Allah.

Bahananya kita akan merana di dunia dan sengsara di akhirat.

Oleh itu marilah kita semua meninggalkan makanan yang haram. Meninggalkan yang haram juga satu ibadah yang sangat dituntut.

Rujukan: 

" Pesan Hati Untuk Hati" tulisan Pahrol Mohamad Juoi

"Doa & Tip Keluarga Bahagia" tulisan Norlela Ibrahim








Sunday, 6 July 2014

Atasi Masalah Gastrik Ketika Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua pembaca dapat menunaikan ibadat puasa dengan cemerlang pada tahun ini.

Namun begitu, ada sebahagian daripada kita mungkin tidak dapat berpuasa atau berpuasa dalam keadaan yang tidak selesa dek kerana mengalami masalah gastrik.

Secara umumnya gastrik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis dan ulcer perut.

Gastritis merupakan keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut, manakala ulcer perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam. Ulcer perut  lebih teruk daripada keadaan gastritis.

Menurut kajian, 80% masalah gastrik adalah berpunca daripada serangan bakteria Helocobakter  Pylori. Pesakit yang mengalami masalah ini biasanya akan mengalami pedih ulu hati yang kemudiannya merebak ke bahagian dada yang boleh mendatangkan rasa loya,pening dan muntah.

Betulkah bila ada gastrik tak boleh berpuasa???

Tepuk dada tanya selera. Ia bergantung kepada iman dan kekuatan jiwa seseorang. Kalau lemah, maka dia tidak akan mampu untuk berpuasa dan beralasan ada penyakit gastrik.


Pakar-pakar perubatan ramai yang menyatakan bahawa gastrik tidak menghalang seseorang itu untuk berpuasa. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


Perunding Pembedahan Gastrointestin Pusat Perubatan Tropicana, Dr Kwan Keat Leong pernah berkata, individu yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa tanpa sebarang masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.


Tip-tip Mengatasi masalah Gastrik Ketika Berpuasa.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah gastrik ketika berpuasa:

  • Jangan bersahur terlalu awal. Seeloknya  bersahurlah pada waktu menjelang imsak. Ini penting bagi memastika makanan yang diambil dapat bertahan lebih lama dalam perut.
  • Ketika berbuka, makanlah secara sederhana. Mkana dengan cara berlebihan akan menyebabkan rasa sebu dan pedih ulu hati. Sekiranya keadaan tidak terkawal kemungkinana makanan yang dimakan akan muntah kembali.
  • Elakkan minum minuman yang berkafein yang tinggi seperti kopi atau teh. Ini kerana ia boleh merangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik menjadi lebih aktif. Kafein juga boleh menyebabkan kita sering hendak membuang air kecil. Akibatnya cecair dalam badan akan lebih cepat hilang dan alami dehidrasi.
  • Elakkan tekanan emosi yang tidak menentu. Tekanan emosi yang tidak menentu akan menyebabkan gastrik. Ia berlaku akibat daripada sistem hormon dan saraf yang terganggu. Oleh itu kawallah emosi anda dan banyakkan bersabar dan berlapang dada sekiranya menghadapi masalah atau musibah.
  • Jauhi makanan yang mengandungi lemak yang berlebihan. elakkan juga makanan yang berempah dan pedas.
  • Elakkan tidur selepas waktu bersahur. Amalan tidur selepas bersahur boleh menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
 
Apakah bantuan yang shaklee boleh berikan???

Terdapat beberapa pilihan dan kombinasi supplemen yang boleh digunakan antaranya:

B-COMPLEX



Antara manfaat utamanya:
  • Menukar makanan kepada tenaga - Ini dapat membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Sekiranya tenakan emosi dapat diatasi, masalah gastrik dapat diatasi atau dikurangkan.

OSTEOMATRIX



Antara manfaat utamanya:
  •  Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impils saraf, penenang saraf ; menggalakkan tidur selesa, perbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

ESP - SOY PROTEIN ISOLATE POWDER


Antara manfaat utamanya:
  • Pembekal tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imum. Ia juga mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membina sel - Ia membina sel-sel baru bagi mengantikan sel lama yang terhakis oleh asid hidroklorik yang terhasil semasa proses penghadaman.

Ramai yang telah mendapat manfaat dengan mengamalkan set supplemen ini dan dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna.

Oleh itu saya sarankan agar para pembaca yang mengalami masalah gastrik untuk mengamalkannya. Insya-Allah masalah anda akan dapat diselesaikan....

Untuk Pertanyaan dan nasihat produk sila hubungi saya di:
Nazrea Bin Awang
SMS/WhatsAPP: 013-8045170
Emel: nazree_awg@yahoo.com atau nazreeawg@gmail.com






Friday, 4 July 2014

Kesan Buruk Tidur Selepas Bersahur

Assalamualaikum.....

Tidur selepas bersahur kadang-kadang memang tidak dapat dielakkan. Sesiapa pun akan berbuat demikian dengan niat untuk mendapat sedikit kesegaran sebelum turun bekerja.



Tapi sedarkah kita bahawa sebenarnya ianya adalah satu amalan yang tidak baik dan boleh membawa kesan yang tidak baik kepada badan kita. Badan akan bertambah letih dan tidak bermaya sepanjang hari berpuasa.

Sakit kepala dan ketegangan juga akan kita alami terutama di peringkat awal bangun dari tidur. Kepala rasa berpusing dan menyebabkan badan rasa tidak selesa dan lesu semacam.

Sebab musababnya mungkin berpunca daripada proses penghadaman makanan yang kita makan semasa bersahur telah terganggu. Selain itu ia berpunca daripada proses biologi badan yang terganggu.

Dr. Zubaidi pernah menulis dalam FBnya seperti berikut:

"Pola kehidupan yang sedemikian( iaitu tidur selepas bersahur) akan mengganggu pusingan biologi  di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan  ganguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormonkortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul sebelas pagi.

Apabila rutin ini ditukar secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa"


 Jadi, apa yang harus kita lakukan...???

Kita hendaklah cuba mengelakkan diri daripada tidur selepas sahur atau waktu subuh. Lakukanlah apa-apa aktiviti asal tidak tidur.

Para fuqaha' menghukumkan makruh tidur selepas subuh.

‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Utamakan dahulu wirid dan zikir selepas solat subuh. Membaca al-Quran pada ketika ini juga amat digalakkan.

Kemudian bolehlah melakukan kerja-kerja yang lain seperti mengemas rumah atau membaca buku-buku ilmiah untuk penambahan ilmu. Menyibukkan diri dengan rutin seperti ini akan dapat mengelakkan diri kita terperangkap dengan mimpi untuk rehat sebentar selepas subuh... Tup-tup tertidur.

Akhir kalam, selamat berpuasa dan berjaya dunia akhirat...

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA

Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja. Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.
Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi. Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa. - See more at: http://www.vitamincikgu.com/2014/07/jangan-tidur-selepas-subuh-waktu-puasa.html#sthash.LjyUEg44.dpuf

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA

Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja. Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.
Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi. Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa. - See more at: http://www.vitamincikgu.com/2014/07/jangan-tidur-selepas-subuh-waktu-puasa.html#sthash.LjyUEg44.dpuf

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA

Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja. Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.
Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi. Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa. - See more at: http://www.vitamincikgu.com/2014/07/jangan-tidur-selepas-subuh-waktu-puasa.html#sthash.LjyUEg44.dpuf

Thursday, 3 July 2014

Tip Kurangkan Letih Semasa Berpuasa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua? semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan dapat menunaikan ibadah puasa dengan sebaik mungkin.

Tentu ramai yang merunggut mengenai rasa letih semasa berpuasa. Walaupun dah bersahur, tetapi badan tetap berasa letih dan lesu.Kadang-kadang kesian melihat anak-anak kita yang masih kecil yang baru belajar untuk berpuasa. Keletihan dan tidak bermaya aje bila pulang dari sekolah.

Tapi apa pun mereka perlu berpuasa. Ibarat kata pepatah" Melentur buluh biarlah bermula dari rebungnya". Barulah anak-anak kita dengan sendirinya akan memahami tentang hikmah dan kewajipan berpuasa. Insya-Allah.

Keletihan semasa berpuasa adalah perkara lumrah. Semua orang mengalaminya.Ini kerana semasa puasa kita tidak makan dan menyebabkan bekalan makanan dalam badan akan berkurangan dan bertukar menjadi tenaga.

Tetapi, bagaimanakah cara kita dapat mengurangkan rasa letih tersebut? Di sini suka saya kongsikan beberapa tip yang boleh kita semua lakukan untuk kebaikan seisi keluarga.

Antaranya:

1. Cuba sedaya upaya untuk bersahur di akhir waktu.

Lewatkan bersahur adalah sunnah. Selain itu ia amat penting bagi kita untuk memaksimakan ketahanan glukos yang kita ambil daripada sumber karbohidrat berada dalam badan lebih lama. Glukos ini yang memberikan tenaga kepada tubuh badan kita seharian.

Semasa sahur juga pastikan kita memilih makanan yang lambat dihadam seperti nasi, roti, bijirin, sayuran dan juga buah-buahan.

Selain itu pastikan makanan yang diambil kaya dengan asid amino tirosina. Telur, ikan, daging ayam,bayam dan pisang adalah antara pilihan terbaik untuk mengurang atau menhilangkan keletihan.


2. Elakkan makanan berempah

Elakkan makanan yang berempah dan terlalu pedas terutama semasa bersahur. Biasanya bahan ini akan meransang pengeluaran gas gastrik. Kesannya kita akan berasa pedih ulu hati dan rasa letih. Badan juga berasa panas dan dahaga.


3. Elakkan makanan berlemak berlebihan.

Makan secara berlebihan makanan berlemak terutama waktu bersahur akan menyebabkan  keletihan pada siangnya. Walaupun perut kenyang tetapi makanan berlemak mempunyai kadar penyerapan yang perlahan untuk menjadi tenaga kerana kadar metabolisme juga rendah.

Sebab itulah badan kita berasa letih dan lesu. Tetapi jangan pula kita tinggalkan langsung makanan berlemak. Cuma kita perlu ambil dalam jumlah yang sederhana dan tidak terlalu banyak.

4. Minum banyak air putih.

Minum sebanyak mungkin air putih semasa bersahur. Ini penting untuk mengekal suhu badan dan bagi mengurangkan rasa dahaga terutama dalam cuaca panas. Elakkan meminum minuman berkafein dan air berkarbonat. Ini kerana minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil dan mempercepatkan kehilangan cecair.

Akhirnya, pastikan semasa bersahur kita dapat mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, gula dan lain-lain sebagaimana yang dianjurkan dalam piramid makanan.

Selamat bersahur dan selamat berpuasa......jumpa lagi.


Sunday, 29 June 2014

Bahaya Residu Pestisid

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog ini. Dan selamat menyambut bulan ramadhan serta didoakan semoga ibadat  puasa kita pada tahun ini berada di tingkatan yang paling tinggi sekali. Insya-allah.

Pada kali ini penulis ingin membicarakan tentang Residu Pestisid yang digunakan secara berleluasa dalam bidang pertanian.

Apa dia Residu Pestisid?

Residu Pestisid adalah zat atau campuran zat yang digunakan untuk membunuh hama, iaitu organisma yang merosakkan tanaman dan juga haiwan ternakan seperti ayam. Secara mudahnya ia adalah sejenis bahan kimia, samada yang sintetik atau semulajadi yang digunakan untuk membunuh perosak kepada tanaman. Contohnya bakterisida untuk membunuh bakteria dan insektisida untuk membunuh serangga,

Jumlah permintaan yang tinggi terhadap hasil pertanian menyebabkan pengusaha sektor pertanian terpaksa menggunakan bahan berbahaya ini untuk menjamin hasil pertanian agar tidak mengecewakan. Memang benar di kebanyakkan negara penggunaan pestisid sangat dikawal tetapi sejauh mana keberkesanannya amat di ragui.




Dalam satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh Environmental Working Group, menunjukkan bahawa 97 peratus peach dan 94 peratus epal mengandunggi residu pestisid yang merbahaya ini.

Dos penggunaannya juga semakin meningkat dari setahun ke setahun kerana terpaksa menentang mutasi musuh yang semakin kebal. Petani lebih sanggup berbelanja untuk bahan ini daripada mengalami kerugian akibat serangan musuh seperti serangga perosak.

Bahan berbahaya ini akan berpindah kepada manusia apabila menggunakan hasil pertanian yang disembur dengan bahan ini. Akibatnya dalam jangka masa panjang manusia boleh mendapat pelbagai penyakit seperti  gangguan saraf, kecatatan pada bayi, penyakit tumor dan kanser.

Sayuran dan buahan adalah makanan yang cukup sinonim dengan bahan berbahaya ini. Oleh itu sebagai pengguna kita hendaklah tahu dan berhati-hati ketika memilihnya untuk di makan. Sayuran dan buahan yang berlainan mempunyai tahap pencemaran yang berbeza bergantung kepada tempat dan cara penanamannya.

Antara contoh sayuran yang tinggi kadar Residu Pestsid:
  • Brokoli
  • Kobis
  • Kacang panjang
  • Cili
  • Tomato
  • Kacang bendi
  • Bayam
Jenis sayuran di atas tinggi tahap pencemarannya kerana ianya amat mudah mendapat serangan serangga perosak. Oleh itu lebih banyak dan kerap racun yang digunakan untuk membasmi perosak. Manakala jenis sayuran yang tidak mudah diganggu, petani tidak akan menggunakan bahan ini atau kurang sedikit penggunaannya.

Antara contohnya ialah:

  • Pucuk paku
  • Kangkung
  • Pucuk ubi
  • Pucuk manis
  • Pucuk-pucuk  hasil hutan dan sebagainya
Antara contoh buahan yang tinggi kandungan Residu Pestisid

  • Epal
  • Anggur
  • Pear
  •  Peach
  • Ceri
  • Strawberi
  • Belimbing
  • Blueberry
Antara contoh buahan yang rendah atau tiada langsung Residu Pestisid
  • Pisang
  • Nenas
  • Durian
  • Langsat
  • Salak
  • nangkn
  • Rambutan
Secara mudahnya buahan yang mempunyai daya tahan  yang rendah dari ancaman perosak seperti buahan import amat tinggi residu pestisidnya berbanding dengan buahan tempatan.

Sebagai pengguna kita seharusnya tahu dan dapat memilih bahan makanan yang bebas daripada ancaman bahan kimia berbahaya ini.



Antara cara untuk memastikan bahan makanan pilihan kita bebas daripada bahaya residu pestisid ialah:

  1. Memilih sayuran yang daunnya agak berlubang dan ada kesan dimakan ulat. Ini kerana sayuran ini berkemungkinan tinggi tidak di sembur dengan bahan kimia berbahaya ini.
  2. Mencuci buahan dana sayuran dengan air yang mengalir agar bahan kimia tadi larut dan hilang bersama air tadi. Boleh juga menggunakan bahan pencuci organik seperti bahan pencuci Basic H keluaran shaklee
  3. Mengupas kulit buahan yang hendak dimakan. Walaubagaimanapun, cara ini akan membuang sekali nutrian penting yang terdapat dalam kulit seperti kulit buah epal.
  4. Memasak sayuran dengan cara merebus atau menggoreng akan dapat menghilangkan  bahan kimia berbahaya sebanyak 90 peratus. Cara ini juga akan menyebabkan nutrian penting rosak dan berkurangan.
  5. Elakkan memakan sayuran ini secara mentah.
  6. Memilih sayuran yang ditanam secara organik. Biasanya sayuran jenis agak mahal dan susah untuk didapati.              
  7. Pilihlah buah-buahan tempatan yang terkenal dengan kandungan vitamin yang tinggi dan bebas racun perosak

Solusi lain???

Antara solusi lain yang difikirkan dapat meminimumkan kesan racun perosak kepada tubuh badan kita ialah:

  1. Berusaha untuk menanam sendiri sayuran kegemaran kita di halaman rumah atau di kebun-kebun kesayangan kita. Disamping kita mendapat hasil tanaman yang bebas racun, badan juga dapat mengeluarkan peluh serta dapat mengurangkan stress. Kehijauan tanaman sendiri sudah tentu akan menenangkan hati dan fikiran. Sekiranya hasil berlebihan, boleh pula beramal jariah dengan sedekahkan kepada jiran tetangga. Dapat eratkan lagi silaturrahim dan bertambah pahala. Betul tak??? 

    2.  Mengamalkan amalan detoksifikasi dengan produk-produk shaklee yang terbukti berkesan