Saturday, 12 July 2014

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kali ini saya suka nak berkongsi tentang masalah rambut gugur selepas melahirkan anak. Masalah ini bukan satu perkara yang aneh bagi wanita yang bersalin, terutama yang dah melahirkan ramai anak.

Isteri saya mengalami masalah ini setiap kali selepas bersalin dari anak yang pertama hingga anak yang ke tiga. Dia seakan fobia untuk menyingkat rambut selepas mandi. Takut melihat rambut yang banyak melekat kat sikat rambut.



Kenapa semua ini berlaku selepas kelahiran si kecil....???

9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

(Petikan rencana dari pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur)

Mengikut rencana ini lagi, ibu-ibu yang mengalami masalah ini perlu makan makanan yang dapat mencegah keguguran rambut seperti berikut:

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


Berita baik buat kami sekeluarga...


Pada 12 jun yang lalu kami dikurniakan seorang bayi perempuan yang sihat dan comel. Setelah seminggu berpantang isteri menyatakan kehairanannya tentang rambutnya yang TIDAK GUGUR apabila disikat. Dia cukup gembira dan bertanya kenapa ya....??? Kalau dibandingkan dengan kelahiran anak-anak yang lalu, rambut gugur menjadi satu mimpi ngeri baginya.
Kami sekeluarga tumpang gembira dan bersyukur kerana masalah RAMBUT GUGUR yang selalu dialaminya sebelum ini telah tiada.


Apa penyebabnya masalah rambut gugur selesai.


Sebenarnya isteri mengamalkan set kehamilan Shaklee semasa mengadungkan anak yang keempat. Semasa mengandungkan anak-anak sebelum ini, dia tidak menggunakan apa-apa produk.


Antaranya ialah:
  • Esp
  • Vitalea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrik
  • Omega Guard

Set kehamilan ini mengandungi keperluan yang lengkap untuk ibu yang mengandung dan bayi yang dikandung. Selain dapat menghilangkan masalah keguguran rambut, set ini juga memberi kecergasan yang berpanjangan kepada si ibu  ketika berpantang. Isteri saya telah menikmati kelebihan ini. Syukur Alhamdulillah kerana digerakkan hati untuk menggunakan produk ini.

Tujuan asal menggunakan set ini  adalah untuk mengatasi masalah tekanan darah yang tidak stabil dan lebih kepada tekanan darah tinggi. Tak sangka ia menyelesaikan masalah keguguran rambut. Alhamdulillah......

Ianya hebat dan terbukti berkesan. Bermula dari sini juga kami berdua berhasrat untuk mengedarkan produk ini kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba dan menikmati kelebihannya. Insya-Allah tidak menghampakan.

Kepada yang berminat sila hubungi saya untuk nasihat produk:

Nazrea Awang
SMS/WhatsAPP: 013-8045170
Emel: nazree_awg@yahoo.com atau nazreeawg@gmail.com

No comments:

Post a Comment