Namun begitu, ada sebahagian daripada kita mungkin tidak dapat berpuasa atau berpuasa dalam keadaan yang tidak selesa dek kerana mengalami masalah gastrik.
Secara umumnya gastrik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis dan ulcer perut.
Gastritis merupakan keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut, manakala ulcer perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam. Ulcer perut lebih teruk daripada keadaan gastritis.
Menurut kajian, 80% masalah gastrik adalah berpunca daripada serangan bakteria Helocobakter Pylori. Pesakit yang mengalami masalah ini biasanya akan mengalami pedih ulu hati yang kemudiannya merebak ke bahagian dada yang boleh mendatangkan rasa loya,pening dan muntah.
Betulkah bila ada gastrik tak boleh berpuasa???
Tepuk dada tanya selera. Ia bergantung kepada iman dan kekuatan jiwa seseorang. Kalau lemah, maka dia tidak akan mampu untuk berpuasa dan beralasan ada penyakit gastrik.
Pakar-pakar perubatan ramai yang menyatakan bahawa gastrik tidak menghalang seseorang itu untuk berpuasa. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Perunding Pembedahan Gastrointestin Pusat Perubatan Tropicana, Dr Kwan Keat Leong pernah berkata, individu yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa tanpa sebarang masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.
Tip-tip Mengatasi masalah Gastrik Ketika Berpuasa.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah gastrik ketika berpuasa:
- Jangan bersahur terlalu awal. Seeloknya bersahurlah pada waktu menjelang imsak. Ini penting bagi memastika makanan yang diambil dapat bertahan lebih lama dalam perut.
- Ketika berbuka, makanlah secara sederhana. Mkana dengan cara berlebihan akan menyebabkan rasa sebu dan pedih ulu hati. Sekiranya keadaan tidak terkawal kemungkinana makanan yang dimakan akan muntah kembali.
- Elakkan minum minuman yang berkafein yang tinggi seperti kopi atau teh. Ini kerana ia boleh merangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik menjadi lebih aktif. Kafein juga boleh menyebabkan kita sering hendak membuang air kecil. Akibatnya cecair dalam badan akan lebih cepat hilang dan alami dehidrasi.
- Elakkan tekanan emosi yang tidak menentu. Tekanan emosi yang tidak menentu akan menyebabkan gastrik. Ia berlaku akibat daripada sistem hormon dan saraf yang terganggu. Oleh itu kawallah emosi anda dan banyakkan bersabar dan berlapang dada sekiranya menghadapi masalah atau musibah.
- Jauhi makanan yang mengandungi lemak yang berlebihan. elakkan juga makanan yang berempah dan pedas.
- Elakkan tidur selepas waktu bersahur. Amalan tidur selepas bersahur boleh menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
Apakah bantuan yang shaklee boleh berikan???
Terdapat beberapa pilihan dan kombinasi supplemen yang boleh digunakan antaranya:
B-COMPLEX
Antara manfaat utamanya:
- Menukar makanan kepada tenaga - Ini dapat membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan
- Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Sekiranya tenakan emosi dapat diatasi, masalah gastrik dapat diatasi atau dikurangkan.
OSTEOMATRIX
Antara manfaat utamanya:
- Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impils saraf, penenang saraf ; menggalakkan tidur selesa, perbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress.
- Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
ESP - SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
Antara manfaat utamanya:
- Pembekal tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imum. Ia juga mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
- Membina sel - Ia membina sel-sel baru bagi mengantikan sel lama yang terhakis oleh asid hidroklorik yang terhasil semasa proses penghadaman.
Ramai yang telah mendapat manfaat dengan mengamalkan set supplemen ini dan dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna.
Oleh itu saya sarankan agar para pembaca yang mengalami masalah gastrik untuk mengamalkannya. Insya-Allah masalah anda akan dapat diselesaikan....
Untuk Pertanyaan dan nasihat produk sila hubungi saya di:
Nazrea Bin Awang
SMS/WhatsAPP: 013-8045170
Emel: nazree_awg@yahoo.com atau nazreeawg@gmail.com





No comments:
Post a Comment