Friday, 4 July 2014

Kesan Buruk Tidur Selepas Bersahur

Assalamualaikum.....

Tidur selepas bersahur kadang-kadang memang tidak dapat dielakkan. Sesiapa pun akan berbuat demikian dengan niat untuk mendapat sedikit kesegaran sebelum turun bekerja.

Tapi sedarkah kita bahawa sebenarnya ianya adalah satu amalan yang tidak baik dan boleh membawa kesan yang tidak baik kepada badan kita. Badan akan bertambah letih dan tidak bermaya sepanjang hari berpuasa.

Sakit kepala dan ketegangan juga akan kita alami terutama di peringkat awal bangun dari tidur. Kepala rasa berpusing dan menyebabkan badan rasa tidak selesa dan lesu semacam.

Sebab musababnya mungkin berpunca daripada proses penghadaman makanan yang kita makan semasa bersahur telah terganggu. Selain itu ia berpunca daripada proses biologi badan yang terganggu.

Dr. Zubaidi pernah menulis dalam FBnya seperti berikut:

"Pola kehidupan yang sedemikian( iaitu tidur selepas bersahur) akan mengganggu pusingan biologi  di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan  ganguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormonkortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul sebelas pagi.

Apabila rutin ini ditukar secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa"

 Jadi, apa yang harus kita lakukan...???

Kita hendaklah cuba mengelakkan diri daripada tidur selepas sahur atau waktu subuh. Lakukanlah apa-apa aktiviti asal tidak tidur.

Para fuqaha' menghukumkan makruh tidur selepas subuh.

‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Utamakan dahulu wirid dan zikir selepas solat subuh. Membaca al-Quran pada ketika ini juga amat digalakkan.

Kemudian bolehlah melakukan kerja-kerja yang lain seperti mengemas rumah atau membaca buku-buku ilmiah untuk penambahan ilmu. Menyibukkan diri dengan rutin seperti ini akan dapat mengelakkan diri kita terperangkap dengan mimpi untuk rehat sebentar selepas subuh... Tup-tup tertidur.

Akhir kalam, selamat berpuasa dan berjaya dunia akhirat...

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA

Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja. Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.
Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi. Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa. - See more at: http://www.vitamincikgu.com/2014/07/jangan-tidur-selepas-subuh-waktu-puasa.html#sthash.LjyUEg44.dpuf

No comments:

Post a Comment