Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga pembaca semua berada dalam keadaan sihat sentiasa.
Beras putih menjadi topik bicara kita pada kali ini. Siapa yang tidak tertarik dengan beras yang putih. Apatah lagi sekiranya harga yang ditawarkan murah dan mampu dibeli. Tetapi tunggu dulu.... putih tak semestinya bersih.
Kenapa pula?... Putihkan menunjukkan ianya bersih...!
Ya kalau ianya pakaian... tapi ini makanan. Putih tak semestinya bersih ada betulnya. Malah membawa bahaya kepada kesihatan.
Bagaimana ianya berlaku???
Pihak pengilang kadang-kadang melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab semasa proses penyediaan beras. Ini dimana mereka mencampurkan klorin semasa proses pembersihan beras dengan tujuan untuk memutihkan beras tadi. Ini bermakna beras tadi telah bercampur dengan bahan yang merbahaya.
Apa bahayanya klorin???
Menurut beberapa kajian klorin boleh menyebabkan kanser pundi kencing, ia juga boleh menyebabkan kerosakan vitamin B, C dan E yang berada dalam badan. Walaubagaimanapun bahaya klorin tidak serta merta, tetapi dalam jangka masa panjang ia cukup untuk memusnahkan kesihatan kita.
Selain itu beras putih yang diproses juga mempunyai skor indek GI( glycamic index) 92, yang meletakkan ia dalam kumpulan makanan yang tinggi GI, bersama dengan kentang goreng dan roti putih.
Mengikut kajian beras GI sederhana termasuklah basmati dan doongara, yang mempunyai skor antara 56 dan 69 manakala jenis yang paling rendah GI termasuklah beras swarna, jenis yang paling meluas ditanam di India. Skor GInya ialah 48. Beras yang mempunyai skor GI yang rendah adalah lebih sihat untuk dimakan.
Beras yang mempuyai skor GI yang tinggi tidak sesuai untuk mereka yang hendak menurunkan berat badan dan bagi mereka yang mengidap kencing manis.
Kesimpulannya beras putih adalah merbahaya sekiranya digunakan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu lebih baik sekiranya kita menggunakan beras perang atau mencampurkan antara keduanya supaya bahaya bahan kimia dan paras GI yang tinggi dapat diminimakan.


No comments:
Post a Comment