Wednesday, 22 January 2014

Mentaliti Suka Makan Gaji


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata,perubahan bersifat anjakan paradigma perlu dilakukan dalam kalangan belia bumiputera agar mereka bergerak maju ke hadapan.

Ini berkaitan dengan masalah mentaliti muda mudi kita sekarang yang  kebanyakannya hanya sekadar mahu bekerja dengan kerajaan atau makan gaji.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Siri Jelajah sempena Kongres Usahawan Muda Bumiputera anjuran Generasi Muda Berjaya Malaysia dengan kerjasama Kementerian Antarabangsa dan Industri di Kota Bharu semalam. (21 Januari 2014)



Ya, sesungguhnya mentaliti makan gaji ini sudah menjadi satu kemestian bagi kita orang melayu terutama bekerja di sektor perkhidmatan awam.

Kenapa perkara sebegini terjadi?

Sebenarnya kebanyakan daripada kita telah dilatih daripada awal lagi supaya belajar  rajin-rajin untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan berkesudahan mendapat pekerjaan yang baik. Bila mana kita memperkatakan tentang kerja yang baik, sudah pastilah kerja makan gaji yang kita hasratkan. Kenapa? sebab ianya memberikan pendapatan yang tetap dan lumayan mengikut sijil atau ijazah yang kita ada. Tiap-tiap hujung bulan gaji tetap ada.

Secara tidak sedar juga kita telah menghadkan kebolehan dan keupayaan kita untuk mendapatkan imbuhan yang lebih dengan terhenti mengikut tahap sijil yang kita ada. "....... kelulusan aku hanya STPM sahaja. Oleh itu gaji aku hanya RMxxx dan tidak lebih dari itu...". Mungkin ini yang kita fikirkan.

Begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Mungkin kita berfikir bahawa kita hanya mampu memiliki sesuatu berdasarkan jumlah gaji yang diterima  akibat dari kelulusan yang kita ada.

Pada saya, jika ini tanggapan kita, maka ianya satu pegangan yang amat mendukacitakan. Pemikiran ini  akan menjadi kita lemah dan tidak mampu lagi untuk bergerak laju ke hadapan.

Oleh itu, sekiranya kita ingin memegang wang yang lebih banyak, cara pemikiran sebegini perlu diubah. Nilai diri kita tidak sepatutnya berpandukan sijil atau ijazah yang dipegang. Sijil hanya satu alat nak menunjukkan keupayaan kita boleh belajar dan bukannya nilai wang yang patut kita terima.

Saya amat bersetuju dengan saranan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed supaya para belia melayu mengubah mentaliti makan gaji kepada menjadi seorang usahawan yang berjaya.



Kepada yang dah terlanjur makan gaji pula, janganlah terikat punca kewangan anda hanya pada gaji semata-mata. Banyak kerja-kerja "part time" yang boleh dilakukan bagi mempertingkatkan taraf kehidupan kita.

Galakkan anak-anak atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan kita supaya cenderung untuk menjadi usahawan. Ingatlah, keadaan kita hari ini secara tidak langsung adalah hasil didikan generasi yang terdahulu. Jangan ulangi kesilapan lalu.

Bermula hari ini, marilah kita sama-sama mengubah mentaliti kita dan orang disekeliling kita supaya meminati bidang perniagaan. Berniagalah apa sahaja asalkan dengan ilmu dan etika yang betul. Kita sama-sama berusaha untuk membina bangsa yang terkenal dengan budaya usahawannya dan bukan bangsa yang hanya suka makan gaji.
 



Sunday, 12 January 2014

Asid Folik Tingkatkan Kesuburan

Assalamualaikum.

Seorang penyelidik  dari Universiti McGill di Montreal, Kanada, Dr.Kimmins memberitahu, asid folik boleh membantu meningkatkan kualiti sperma selain mengurangkan risiko kecacatan janin.

Hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam Nature Communications menunjukkan bahawa kekurangan pengambilan asid folik memberi perubahan ketara kepada asid deoksiribonukleik (DNA) sperma.

Sumber asid folik yang baik termasuklah brokoli,kekacang, tauge, bayam,asparagus dan beras perang.

Masalahnya asid ini mudah rosak sekiranya dimasak terlalu lama. Oleh itu sayuran ini elok dimakan mentah atau dicelur sederhana masak.
 
Susahkan.... silap-silap tinggal separuh atau tiada langsung asid folik dalam sayuran tu.

Nak mudah... ambil je vitamin yang dah terbukti berkesan ni.

Vitamin Shaklee yang mengandungi asid folik pastinya adalah B Complex.. mengandungi 200 mcg folate (asid folik).

Nak mencuba vitamin Shaklee pada harga istimewa? SMS 0138045170 atau fb:nazree.awg

Air Kencing Kuning

Assalamualaikum

Apa khabar semua?

Kali ini saya akan membicarakan tentang warna air kencing. Tajuk ini terlintas di hati bila isteri saya bertanyakan kenapa air kencingnya menjadi warna kekuningan. Sedangkan sebelum ini elok je....

Sebelum ini dia belum lagi menggunakan set hamil shaklee. Beberapa hari penggunaan timbullah pula masalah air kencing kuning.

Saya yang suruh dia gunakan set ni terpaksalah mencari jawapannya...

Bila dikaji-kaji rupanya.... ianya terhasil apabila kita menggunakan B-COMPLEX. Perkara ini adalah normal dan tidak perlu risau sangat. Ini kerana vitamin B-COMPLEX merupakan vitamin larut air. Dan riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada air kencing.

Wah, lega rasanya.... risau juga mulanya...

Tapi tak rugi..... dapat pulak tambahkan pengetahuan tentang  warna air kencing.

Jom berkenalan dengan warna air kencing.
Warna air kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.
Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.



Hubungi
 

Mampukah Aku Mencapai Kejayaan


Sudah menjadi lumrah manusia yang sering terperangkap dengan peritiwa yang telah berlalu.
Sering terdetik di hati," dahulu aku pernah mencuba tetapi aku gagal...... tidak mungkin sekarang aku boleh berjaya....?"



Tetapi sampai bila aku harus begini...perkara yang telah pun berlalu aku patut  biarkan ianya berlalu. aku harus bangkit dari lamunan perangkap kegagalan ini.  Tidak wajar untuk  aku menjadikan peristiwa lalu sebagai penyebab kenapa aku tidak dapat mengecapi kemanisan sebuah kejayaan pada hari ini.



Aku harus menukar kepercayaan yang terdapat dalam diriku. Aku harus percaya bahawa kehidupan aku sekarang tidak perlu dikaitkan dengan peristiwa yang telah berlalu. Aku harus percaya bahawa kegagalan pada masa yang lalu tidak bererti berterusan akan berada dalam kegagalan.



Pisang tidak akan berbuah dua kali. Aku mesti mengikis kepercayaan yang boleh membataskan kebolehanku untuk mencapai kejayaan pada hari ini dan hari-hari yang akan datang. 

Aku harus berani membuat perubahan demi untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna. Aku harus bangkit. Aku mesti berani.

Ya...Allah.. limpahkanlah lembayung rahmatMu ke atas hamba yang daif ini.