Pada kali ini penulis ingin membicarakan tentang Residu Pestisid yang digunakan secara berleluasa dalam bidang pertanian.
Apa dia Residu Pestisid?
Residu Pestisid adalah zat atau campuran zat yang digunakan untuk membunuh hama, iaitu organisma yang merosakkan tanaman dan juga haiwan ternakan seperti ayam. Secara mudahnya ia adalah sejenis bahan kimia, samada yang sintetik atau semulajadi yang digunakan untuk membunuh perosak kepada tanaman. Contohnya bakterisida untuk membunuh bakteria dan insektisida untuk membunuh serangga,
Jumlah permintaan yang tinggi terhadap hasil pertanian menyebabkan pengusaha sektor pertanian terpaksa menggunakan bahan berbahaya ini untuk menjamin hasil pertanian agar tidak mengecewakan. Memang benar di kebanyakkan negara penggunaan pestisid sangat dikawal tetapi sejauh mana keberkesanannya amat di ragui.
Dalam satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh Environmental Working Group, menunjukkan bahawa 97 peratus peach dan 94 peratus epal mengandunggi residu pestisid yang merbahaya ini.
Dos penggunaannya juga semakin meningkat dari setahun ke setahun kerana terpaksa menentang mutasi musuh yang semakin kebal. Petani lebih sanggup berbelanja untuk bahan ini daripada mengalami kerugian akibat serangan musuh seperti serangga perosak.
Bahan berbahaya ini akan berpindah kepada manusia apabila menggunakan hasil pertanian yang disembur dengan bahan ini. Akibatnya dalam jangka masa panjang manusia boleh mendapat pelbagai penyakit seperti gangguan saraf, kecatatan pada bayi, penyakit tumor dan kanser.
Sayuran dan buahan adalah makanan yang cukup sinonim dengan bahan berbahaya ini. Oleh itu sebagai pengguna kita hendaklah tahu dan berhati-hati ketika memilihnya untuk di makan. Sayuran dan buahan yang berlainan mempunyai tahap pencemaran yang berbeza bergantung kepada tempat dan cara penanamannya.
Antara contoh sayuran yang tinggi kadar Residu Pestsid:
- Brokoli
- Kobis
- Kacang panjang
- Cili
- Tomato
- Kacang bendi
- Bayam
Antara contohnya ialah:
- Pucuk paku
- Kangkung
- Pucuk ubi
- Pucuk manis
- Pucuk-pucuk hasil hutan dan sebagainya
- Epal
- Anggur
- Pear
- Peach
- Ceri
- Strawberi
- Belimbing
- Blueberry
- Pisang
- Nenas
- Durian
- Langsat
- Salak
- nangkn
- Rambutan
Sebagai pengguna kita seharusnya tahu dan dapat memilih bahan makanan yang bebas daripada ancaman bahan kimia berbahaya ini.
Antara cara untuk memastikan bahan makanan pilihan kita bebas daripada bahaya residu pestisid ialah:
- Memilih sayuran yang daunnya agak berlubang dan ada kesan dimakan ulat. Ini kerana sayuran ini berkemungkinan tinggi tidak di sembur dengan bahan kimia berbahaya ini.
- Mencuci buahan dana sayuran dengan air yang mengalir agar bahan kimia tadi larut dan hilang bersama air tadi. Boleh juga menggunakan bahan pencuci organik seperti bahan pencuci Basic H keluaran shaklee
- Mengupas kulit buahan yang hendak dimakan. Walaubagaimanapun, cara ini akan membuang sekali nutrian penting yang terdapat dalam kulit seperti kulit buah epal.
- Memasak sayuran dengan cara merebus atau menggoreng akan dapat menghilangkan bahan kimia berbahaya sebanyak 90 peratus. Cara ini juga akan menyebabkan nutrian penting rosak dan berkurangan.
- Elakkan memakan sayuran ini secara mentah.
- Memilih sayuran yang ditanam secara organik. Biasanya sayuran jenis agak mahal dan susah untuk didapati.
- Pilihlah buah-buahan tempatan yang terkenal dengan kandungan vitamin yang tinggi dan bebas racun perosak
Antara solusi lain yang difikirkan dapat meminimumkan kesan racun perosak kepada tubuh badan kita ialah:
- Berusaha untuk menanam sendiri sayuran kegemaran kita di halaman rumah atau di kebun-kebun kesayangan kita. Disamping kita mendapat hasil tanaman yang bebas racun, badan juga dapat mengeluarkan peluh serta dapat mengurangkan stress. Kehijauan tanaman sendiri sudah tentu akan menenangkan hati dan fikiran. Sekiranya hasil berlebihan, boleh pula beramal jariah dengan sedekahkan kepada jiran tetangga. Dapat eratkan lagi silaturrahim dan bertambah pahala. Betul tak???
2. Mengamalkan amalan detoksifikasi dengan produk-produk shaklee yang terbukti berkesan

















