Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua? semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan dapat menunaikan ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
Tentu ramai yang merunggut mengenai rasa letih semasa berpuasa. Walaupun dah bersahur, tetapi badan tetap berasa letih dan lesu.Kadang-kadang kesian melihat anak-anak kita yang masih kecil yang baru belajar untuk berpuasa. Keletihan dan tidak bermaya aje bila pulang dari sekolah.
Tapi apa pun mereka perlu berpuasa. Ibarat kata pepatah" Melentur buluh biarlah bermula dari rebungnya". Barulah anak-anak kita dengan sendirinya akan memahami tentang hikmah dan kewajipan berpuasa. Insya-Allah.
Keletihan semasa berpuasa adalah perkara lumrah. Semua orang mengalaminya.Ini kerana semasa puasa kita tidak makan dan menyebabkan bekalan makanan dalam badan akan berkurangan dan bertukar menjadi tenaga.
Tetapi, bagaimanakah cara kita dapat mengurangkan rasa letih tersebut? Di sini suka saya kongsikan beberapa tip yang boleh kita semua lakukan untuk kebaikan seisi keluarga.
Antaranya:
1. Cuba sedaya upaya untuk bersahur di akhir waktu.
Lewatkan bersahur adalah sunnah. Selain itu ia amat penting bagi kita untuk memaksimakan ketahanan glukos yang kita ambil daripada sumber karbohidrat berada dalam badan lebih lama. Glukos ini yang memberikan tenaga kepada tubuh badan kita seharian.
Semasa sahur juga pastikan kita memilih makanan yang lambat dihadam seperti nasi, roti, bijirin, sayuran dan juga buah-buahan.
Selain itu pastikan makanan yang diambil kaya dengan asid amino tirosina. Telur, ikan, daging ayam,bayam dan pisang adalah antara pilihan terbaik untuk mengurang atau menhilangkan keletihan.
2. Elakkan makanan berempah
Elakkan makanan yang berempah dan terlalu pedas terutama semasa bersahur. Biasanya bahan ini akan meransang pengeluaran gas gastrik. Kesannya kita akan berasa pedih ulu hati dan rasa letih. Badan juga berasa panas dan dahaga.
3. Elakkan makanan berlemak berlebihan.
Makan secara berlebihan makanan berlemak terutama waktu bersahur akan menyebabkan keletihan pada siangnya. Walaupun perut kenyang tetapi makanan berlemak mempunyai kadar penyerapan yang perlahan untuk menjadi tenaga kerana kadar metabolisme juga rendah.
Sebab itulah badan kita berasa letih dan lesu. Tetapi jangan pula kita tinggalkan langsung makanan berlemak. Cuma kita perlu ambil dalam jumlah yang sederhana dan tidak terlalu banyak.
4. Minum banyak air putih.
Minum sebanyak mungkin air putih semasa bersahur. Ini penting untuk mengekal suhu badan dan bagi mengurangkan rasa dahaga terutama dalam cuaca panas. Elakkan meminum minuman berkafein dan air berkarbonat. Ini kerana minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Akhirnya, pastikan semasa bersahur kita dapat mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, gula dan lain-lain sebagaimana yang dianjurkan dalam piramid makanan.
Selamat bersahur dan selamat berpuasa......jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment