Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang masalah mengantuk. Semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja Mungkin juga rasa mengantuk semasa bekerja.
Kebanyakan daripada kita akan memandu kereta atau menunggang motosikal untuk ke tempat kerja. Jaraknya pula mencecah berpuluh kilometer. Seorang rakan saya terpaksa memandu untuk ke tempat kerja seawal jam 5 pagi dari Kuching ke Simunjan.
Kenapa awal sangat???
Mengikut ceritanya, beliau akan menghantar dulu anak-anak ke pusat asuhan dan anak-anak yang dah bersekolah ke sekolah terlebih dahulu.
Dan untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas dan jarak perjalanan yang jauh. Dan bukan itu sahaja, dia juga terpaksa menunggu feri atau perahu tambang untuk menyeberangi sungai Samarahan untuk sampai ke sekolah.
Pengalaman saya menggunakan perkhimatan feri amat memenatkan dan stress lebih-lebih lagi bila nak cepat. Lebih stress lagi bila ada pengguna yang tidak bertanggungjawab memotong barisan untuk masuk awal.....aduhhh cukup perit.
Ini adalah rutin harian golongan yang bekerja makan gaji dan tinggal di kawasan sekitar Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak. Dan saya rasa ini adalah rutin biasa bagi semua golongan pekerja walau di mana berada. Menghadapi masalah kesesakan lalu lintas dan jarak tempat kerja yang jauh.
Beruntung dan bersyukurlah bagi mereka yang dapat tinggal berdekatan dengan tempat kerja. Rutin sengsara seperti ini tidak perlu mereka lalui termasuklah saya sendiri. Ha ha..... Saya memilih untuk tinggal dekat dengan sekolah.
Sekiranya tidak sempat menggunakan feri, terpaksalah berpatah balik dan menggunakan laluan lain yang lebih jauh.
Pernah berlaku ke atas diri sendiri. Beratur lebih kurang sejam untuk menggunakan perkhidmatan feri, tiba-tiba feri pula terpaksa berhenti kerana air sungai telah terlalu surut. Cuba bayangkan perasaan kami masa tu..... stresss je..tapi apa boleh buat....
Bagi pengguna motosikal mereka boleh menggunakan pilihan kedua iaitu " perahu tambang" kata orang Sarawak. Sebuah motosikal tambangnya RM2.00.Tapi agak berisiko. Dah banyak motosikal yang jatuh ke dalam sungai dan ada yang mati lemas.
Tidak mustahil mereka ini akan rasa mengantuk bila sampai ke sekolah kerana keletihan dan stress. Rutin yang sama terpaksa di lalui semasa pulang dari tempat kerja.
Padah Mengantuk
Rasa mengantuk ini boleh membawa padah sekiranya kita sedang memandu. Banyak kemalangan yang berlaku berpunca daripada masalah ini.
Produtiviti juga akan berkurang. Kemungkinan akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya sering tertidur semasa bertugas amat besar.
Bagaimanakah untuk menghilangkan masalah kelesuan dan mengantuk?
Biasanya kita akan dicadangkan dengan minuman tenaga seperti ***** dan lain-lain jenama yang pelbagai dipasaran.
Tetapi bagi saya, saya memilih untuk menggunakan dan mencadangkan kepada sesiapa yang mengalami masalah ini untuk mengunakan Vitamin B-Complex keluaran Shaklee.
Kenapa Shaklee???
Vitamin B-Complex Shaklee terbaik kerana mengandungi kesemua 8 vitamin - B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA( kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama.)
Lagipun asid foliknya adalah semulajadi. Saintis Shaklee adalah yang pertama mencipta asid folik yang semulajadi di dunia dengan kadar keboleh serapan yang tinggi dan berkualiti. Dan jangan lupa hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah sintetik.
Antara Fungsi Penting B-Complex ialah:
1. Membantu menukar makanan kepada tenaga.
2. Melawan tekanan dari masalah stress dan sakit kepala.
3. Mengurangkan masalah keletihan mata.
Ia membekalkan tenaga yang diperlukan dan mengurangkan masalah stress dan mengantuk. Kita akan terasa segar dan bersemangat.
Selain itu saya cadangkan juga untuk menggunakan Osteomatrik pada sebelah malam sebelum waktu tidur. Osteomatrik boleh membantu badan rehat dengan sempurna dan bangkit dengan semangat baru tanpa rasa letih dan lesu.
Untuk Keterangan dan nasihat produk sila hubungi saya :
Nazrea Awang
SMS/WhatsAPP: 013-8045170
Emel: nazree_awg@yahoo.com atau nazreeawg@gmail.com










No comments:
Post a Comment