Kesuburan lelaki sering menjadi topik yang diperkatakan oleh setiap lelaki mahupun wanita. Ini kerana ianya menjadi antara faktor penting kepada pasangan yang berkahwin untuk mendapatkan anak dan juga kepuasan hubungan seksual.
Lelaki yang mempunyai sperma yang tidak sihat dan tidak mencukupi dikategorikan sebagai lelaki yang tidak subur.
Perkara ini berlaku apabila terdapat individu itu terlibat dengan tabiat merokok, minuman keras, menggunakan dadah terlarang, tekanan hidup, dan pemakanan yang tidak sihat.
Faktor-faktor ini akan menyebabkan peningkatan kepekatan Reaxtive Oxygen Species (ROS) dalam sperma. Apabila kepekatan ROS bertambah, maka sperma akan rosak.
Kajian menunjukkan bahawa 40% lelaki yang mengalami ketidaksuburan, disebabkan kandungan ROS yang tinggi dalam air mani mereka.
Bagaimana cara untuk mengatasinya?
Tentu anda di luar sana tercari-cari tip atau kaedah untuk mengekalkan tahap kesuburan lelaki. Banyak faktor yang harus diberi perhatian, tetapi kali ini hanya akan utarakan tentang amalan pemakanan yang sihat bagi memastikan sperma yang dihasilkan subur dan normal.
Berikut adalah 3 tip tentang amalan pemakanan yang boleh diamalkan:
1. Amalkan makan makanan yang bersifat antioksida
Kajian menunjukkan makanan yang antioksida dapat meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi penting untuk kesuburan.
Makanan yang kaya dengan vitamin c, vitamin e dan coenzyme Q10 terbukti mampu untuk meningkatkan kesuburan. Vitamin ini boleh didapati dari sayur-sayuran,buah-buahan, bijiran, protin daging putih seperti ayam dan ikan serta produk tenusu.
2. Elakkan makanan yang merosakkan sperma.
Makanan yang dimaksudkan ialah daging merah dan minuman beralkohol.
3. Amalkan pengambilan makanan tambahan
Dapatkan makanan tambahan yang kaya dengan vitamin C, vitamin E, coenzymeQ10, selenium, zinc, dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti berkesan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma lelaki.
- Vitamin C: Merupakan antioksida yang penting dalam air mani dan melindungi sperma dari kecederaan dise babkan ROS.
- Zinc: Ia penting dalam proses pembentukan air mani. Kekurangan zinc akan membuatkan air mani cair.
- CoenzymeQ10: Merupakan antioksida dan penggalak bagi pengeluaran tenaga. Ia penting untuk membantu sperma bergerak untuk sampai ke ovum.
- Selenium : Antioksida yang sangat baik dan penting dalam pembentukan "ekor" sperma untuk pergerakkannya. Kekurangan selenium akan menyebabkan sperma tidak dapat bergerak dengan baik.
- Asid Folik: Penting untuk pembentukan air mani. Gabungannya dengan zinc akan dapat perbaiki kualiti air mani.
Kenapa perlukan makanan tambahan?
Ini kerana vitamin yang diambil dari sayuran dan dari sumber semulajadi yang lain kebiasaannya akan rosak semasa proses memasak, proses pemindahan, penggunaan racun dan sebagainya. Lagi pun ianya memerlukan pengambilan dalam jumlah yang banyak untuk menyediakan jumlah vitamin yang dikehendaki oleh tubuh kita.
Contohnya Vitamin C.
Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.
Selain 3 amalan di atas, pastikan juga kita tidak merokok, kurangkan stress dan jaga berat badan.
Dan jangan lupa sentiasa berhubung dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat selanjutnya.
Insya-Allah kita akan mendapat sperma yang subur dan berkualiti.
Sumber Rujukan: 1. How to increase fertility in man
2. drzubaidi.com

No comments:
Post a Comment