Tuesday, 24 June 2014

Sembelit Selepas Bersalin..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.Insya-Allah kali ini kita akan berbicara tentang penyakit sembelit selepas bersalin.

Isteri saya sendiri telah mengalaminya dan amat menyiksakan. Perut menjadi kembung dan rasa semacam. Cuba anda semua bayangkan, dia tidak dapat membuang air selama seminggu dan kadangkala melebihi seminggu.




Keadaan ini terpaksa dialaminya selama dua bulan atau lebih. Setiap kali melahirkan anak inilah penyakit yang amat merisaukannya... Tiga kali bersalin... tiga kalilah isteri terpaksa berdepan dengan masalah sembelitnya. Sehinggakan kadang-kadang terjadinya masalah kedua iaitu buasir.


Saya sebagai suami hanya boleh menenangkannya sahaja. Pelbagai kaedah dan petua juga kami cuba amalkan. Namun hasilnya ada tetapi belum dapat mengatasinya dengan baik. Kadang ok dan kadang tak berapa nak ok.

Pada tanggal 12 Jun tahun ini anak keempat kami telah selamat dilahirkan... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tiada masalah  besar yang dihadapi.

Dua hari tidak membuang air besar..... biasalah agak fobia dengan pengalaman yang lalu. Dalam pada itu isteri ada menggunakan Osteometrik keluaran Shaklee dengan tujuan untuk mengurangkan keletihan dan untuk memudahkan proses membuang air besar...

Pada hari yang ketiga dia keluar dari bilik tandas dengan senyuman....

Napa senyum-senyum???? cuba meneka..

Alhamdulillah katanya dah dapat membuang air besar tanpa sembelit dan buasir. Lega rasanya, dah tak risau lagi nak ke tandas... sambil senyum memanjang...

Dalam hatiku terdetik," memang berkesan osteometrik untuk hilangkan sembelit"....syukur Alhamdulillah...!

Apa itu Osteomatrik???


Osteomatrik keluaran Shaklee ini dicipta dengan formulanya yang unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ia mengandungi kalsium,magnesium,fosforus dan vitamin D,zinc,manganes dan boron.

Bahan yang amat membantu untuk mengatasi sembelit ialah magnesium.

Bagaimana ia dapat membantu???

Magnesium akan meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu mengesa berlakunya peristalsis ( gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Dengan secara tidak langsung akan mengatasi masalah sembelit.

Peringatan: Oleh kerana magnesium berfungsi untuk menyerap air ke usus, anda yang menggunakan osteomatrik dinasihatkan supaya meminum air putih dalam kadar yang lebih banyak.

No comments:

Post a Comment