Sunday, 12 January 2014

Air Kencing Kuning

Assalamualaikum

Apa khabar semua?

Kali ini saya akan membicarakan tentang warna air kencing. Tajuk ini terlintas di hati bila isteri saya bertanyakan kenapa air kencingnya menjadi warna kekuningan. Sedangkan sebelum ini elok je....

Sebelum ini dia belum lagi menggunakan set hamil shaklee. Beberapa hari penggunaan timbullah pula masalah air kencing kuning.

Saya yang suruh dia gunakan set ni terpaksalah mencari jawapannya...

Bila dikaji-kaji rupanya.... ianya terhasil apabila kita menggunakan B-COMPLEX. Perkara ini adalah normal dan tidak perlu risau sangat. Ini kerana vitamin B-COMPLEX merupakan vitamin larut air. Dan riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada air kencing.

Wah, lega rasanya.... risau juga mulanya...

Tapi tak rugi..... dapat pulak tambahkan pengetahuan tentang  warna air kencing.

Jom berkenalan dengan warna air kencing.
Warna air kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.
Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.



Hubungi
 

No comments:

Post a Comment