Sunday, 12 January 2014

Mampukah Aku Mencapai Kejayaan


Sudah menjadi lumrah manusia yang sering terperangkap dengan peritiwa yang telah berlalu.
Sering terdetik di hati," dahulu aku pernah mencuba tetapi aku gagal...... tidak mungkin sekarang aku boleh berjaya....?"



Tetapi sampai bila aku harus begini...perkara yang telah pun berlalu aku patut  biarkan ianya berlalu. aku harus bangkit dari lamunan perangkap kegagalan ini.  Tidak wajar untuk  aku menjadikan peristiwa lalu sebagai penyebab kenapa aku tidak dapat mengecapi kemanisan sebuah kejayaan pada hari ini.



Aku harus menukar kepercayaan yang terdapat dalam diriku. Aku harus percaya bahawa kehidupan aku sekarang tidak perlu dikaitkan dengan peristiwa yang telah berlalu. Aku harus percaya bahawa kegagalan pada masa yang lalu tidak bererti berterusan akan berada dalam kegagalan.



Pisang tidak akan berbuah dua kali. Aku mesti mengikis kepercayaan yang boleh membataskan kebolehanku untuk mencapai kejayaan pada hari ini dan hari-hari yang akan datang. 

Aku harus berani membuat perubahan demi untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna. Aku harus bangkit. Aku mesti berani.

Ya...Allah.. limpahkanlah lembayung rahmatMu ke atas hamba yang daif ini.

No comments:

Post a Comment